JY Home Management

+60123462188

Blog

Dasar Untuk Membendung Pembinaan Rumah Mewah |Menerima Reaksi Positif

Melaka Property – Dasar kerajaan Melaka dalam menyekat pembinaan rumah-rumah mewah, berharga RM500,000 ke atas, telah menerima reaksi positif daripada masyarakat tempatan.Rakyat memuji kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Datuk Idris Haron untuk memberi keutamaan untuk membina rumah mampu milik bagi pendapatan rendah dan sederhana.

Mohd Zulkifli Ismail, 35, menyifatkan langkah kerajaan ini sebagai tepat untuk mengatasi masalah kekurangan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini.

Idris, sempena 100 hari beliau memegang jawatan baru-baru ini, mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menghadkan pembinaan rumah berharga RM500,000 ke atas untuk sekurang-kurang dua tahun, beliau berkata, kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun.

Sementara itu, Pengerusi Real Estate and Housing Developers Association of Malaysia (REHDA), Datuk Anthony Adam Cho Tian Han, berkata dasar membina rumah mampu milik untuk rakyat adalah amat sesuai, tetapi pembinaan rumah-rumah mewah juga harus diteruskan selepas beberapa tahun berikutnya kerana ia akan mempunyai kesan yang buruk kepada ekonomi negeri ini, katanya.

Luke Lim

  • Facebook
  • Google+
  • LinkedIn
  • Twitter
  • YouTube